Friday, 30 December 2011

SAYANG MAK

Satu hari aku berbual dengan rakan sekelas aku..kami bercerita, berkongsi macam-macam perkara..tiba- tiba kawan aku pun berkata:

"hmmm...matang jugak pemikiran kau ni ye", dia berkata lagi, "knp ye?"..

imbas kembali...

"mak..laparla..jap lagi nak g sekolah..tak de makanan ke?", aku bertanya pada emak yang sedang menggosok baju sekolah aku. mak diam tak berkata sepatah pun. Sessi sekolah rendah aku sebelah petang, jadi sempatlah mak pinjam seterika arang cik Jah untuk gosok baju aku dengan kakak.

"hmmm..tak ade apelah yang boleh dimakan..lauk tak ade.Beras pun dah abis.Bapak kau tak beli lagi" mak berkata sambil menyelongkar gerobok dekat dapur rumah. Bersungguh-sungguh mencari apa-apa yang boleh dimakan untuk aku dan kakak sebelum kami pergi ke sekolah.

"Jap..mak g pinjam beras dengan cik jah lah dulu..nanti bapak kau balik kita ganti balik lah", mak cepat-cepat pakai selipar dan berjalan ke rumah jiran aku.Lepas balik dari rumah cik Jah, mak pun tanak nasi dan goreng bawang untuk aku dan kakak makan.

"nasi dengan bawang je ade..letak kicap ni hah", mak menghulurkan kicap untuk aku makan dengan nasi dan bawang yang dia dah goreng tadi.

"duit belanja sekolah arini tak de tau..mak tak de duit nak bagi", aku cuma mengangguk saja. aku dah boleh mengagak sebab kami cuma boleh makan nasi dengan bawang je hari tu..

"mak tak makan sekali ke?", aku bertanya pada mak.

"tak..mak dah makan tadi..kau makanlah..nasi ni untuk abang-abang ngan kakak kau nanti..nanti diorang balik sekolah tak de ape nak makan plak. nak tunggu bapak kau lambat lagi nak balik nye", aku tengok kakak..aku pelik sebab dari pagi lagi aku tak nampak pun mak makan.

hari tu aku cuma makan sikit je sebab mak dah pesan tinggalkan nasi untuk abang-abang dan kakak aku juga..jangan habiskan..lepas makan, kami berdua bersiap-siap la nak pergi sekolah. setiap hari kami akan tumpang along anak Cik Aris untuk g sekolah sebab bapak aku kerja pergi pagi dan balik agak lewat petang. bapak aku terpaksa membanting tulang pagi dan petang untuk sara kami 7 beradik..Hidup kami semakin susah lepas mak mengandungkan adik aku yang sekarang berumur 18 tahun ni sebab masa tu mak buat keputusan untuk jadi surirumah sepenuh masa kerana tak ada orang yang nak jaga kami.

"kak edah..laparlah..sedapnye orang makan kopok pasar tu", aku luahkan rasa lapar aku kat kakak aku masa waktu rehat.

"tak pelah ibah..jap lagi kite balik mesti mak dah masak sedap sedap kan..bolehlah kite makan banyak-banyak", kakak aku cuba memujuk aku.aku berharap sangat balik nanti mak dah sediakan makanan untuk aku dan kakak aku makan.rasa tak sabar sangat nak balik sekolah hari tu..

aku dan kakak balik sekolah dengan berjalan kaki. sekolah kami hampir 4 km jaraknya dari rumah.aku dan kakak balik sambil bermain-main ditepi jalan dengan gembira sama macam kanak-kanak lain. masa zaman kami, ramai budak-budak sekolah lain yang balik jalan kaki. masa itulah, kami akan bermain-main dan bergurau dengan kawan- kawan yang lain.aku balik sambil berlari-lari dengan harapan balik rumah dapatlah aku makan. sampai saja dirumah;

"mak..oooo...mak!!!kita orang dah balik ni", selalunya mak mesti akan duduk depan rumah tunggu kami balik tapi hari tu mak tak ade pun kat depan rumah. Dan aku nampak mak dekat dapur..

"mak..mak masak ape? kite laparlah", aku bertanya pada mak..mak senyap saje tak berkata..

"kau g lah mandi dulu ye, mak tak siap masak lagi ni", mak bercakap tanpa toleh aku pun..

"alaaa..laparlah..ingatkan nak makan dulu.mak ni lambatlah", aku pun bergerak ambil tuala untuk mandi..bilik air aku bersebelahan dengan dapur.dapur dan bilik air aku plak masa tu guna kayu. bilik air aku berlubang-lubang.masa aku mandi tu, aku boleh nampak mak aku dekat dapur..rupa-rupanya, mak tengah menangis dan kakak pun ada masa tu. aku dengar mak cakap kat kakak;

"mak tak masak ape-ape pun lagi..nasi, bawang, gula, tepung sume dah abis". aku nampak mak aku menangis dan masa tu baru aku sedar yang aku ni sangat-sangat pentingkan diri..langsung tak cuba faham perasaan mak masa tu..kesian mak..baru aku sedar mak tak makan apa-apa lagi hari tu sebab semua makanan yang dia ade, dia bagi kat anak- anak dia..aku pun menangis bersama -sama dengan mak tapi di ruang yang dibezakan dengan hanya sekeping papan.masa tu, aku pun berazam akan cuba faham hati mak dan cuba jangan jadi anak yang pentingkan diri sendiri.

aku sedar, kasih sayang seorang ibu ni tak ade belah bagi nya..seorang ibu sanggup berbohong pada anaknya semata-mata untuk memastikan anaknya tak kelaparan biarpun diri sendiri kelaparan dan tak menjamah makanan sepanjang hari. seorang ibu juga sanggup untuk menebalkan muka untuk meminjam secupak beras demi anak-anaknya hidup.. seorang ibu juga,sanggup menahan perasaan dan memaafkan anaknya walaupun sebenarnya hati mereka terguris dengan kata-kata anak-anak mereka..dan yang paling MULIA, seorang ibu akan sentiasa MEMAAFKAN anak-anaknya walaupun hati mereka kerap kali dilukakan.

sesiapa sahaja yang bergelar anak seharusnya menghargai pergorbanan yang tak ternilai seorang ibu..siapapun ibu kita, sayangi lah mereka tanpa ada sebarang syarat sebab mereka(ibu-ibu kita) tak pernah meletakkan syarat untuk terus menyayangi kita..


who should i give my love too, my respect and my honour too..
who should i pay good mind too..
after Allah and rasullah..
comes your mother..
who next??
your mother..
who next??
your mother..
and then your father..

1 comment:

  1. sdihnya citer ni..smoga pengalaman lalu memberikan semngat untuk trus berjaya dlam khidupan alia..hehe

    ReplyDelete