Setiap sesuatu di atas muka bumi ini setiasa ada permulaan nya...
Begitu juga dengan hidup aku, hari ini hati ku rasa ingin berkongsi sesuatu bersama sesiapa sahaja yang sudi mendengar dan membaca segala yang ingin aku kongsi kan.. Dengan adanya rasa ingin berkongsi inilah aku wujudkan blog ini walaupun aku sebenarnya takla terlalu mahir dengan dunia IT ni..huhuhu.. Selain dari itu, blog ini aku harap bolehla menjadi diari hari- hari yang semakin mencabar dalam hidup aku ni, sekurang-kurangnya ada sedikit pengajaran yang boleh diambil .. Bila umur dah menerjah ke angka 23 tahun pada 2012 ni, rasa diri ini semakin hari semakin tua pula..terfikir balik dalam 22 tahun Allah berikan umur pada aku ini..apa yg aku dah buat untuk ye??First post aku ni, aku nak bercerita mengenai latar belakang aku dulu supaya sesiapa sahaja yang sudi baca blog aku ni kenal siapa aku dulu..aku nak mulakan dengan zaman kanak-kanak aku.....
Aku sentiasa teringat zaman kanak- kanak yang aku lalui..sangat berbeza dengan apa aku sekarang..kehidupan kanak-kanak kampung yang lasak..rindu nak berkubang dalam paya, rindu nak panjat pokok & main pondok2 dengan kawan2 kat atas pokok, rindu nak berendam dengan itik dalam lopak air hujan, rindu nak main baling selipar, rindu nak main sembunyi ibu dan terutama sekali rindu pada ketenangan kampung serta kawan2 masa kecik.. RINDU NYAAA dengan semua kenangan zaman kanak-kanak..
Zaman kanak-kanak juga dah ajar aku jadi seorang perempuan yang tabah dan kuat macam sekarang.. teringat zaman susah masa mula2 masuk Felda..dengan adik beradik seramai 7 orang memang sangat sesak hidup aku dgn keluarga..untungnya kami adik beradik sebab ada ayah yang sangat bekerja keras untuk survival kami..untungnya kami kerana ada mak yang sangat tabah dalam membesarkan kami..untungnya kami kerana ada mak dan ayah yang sangat kuat dan gagah memelihara dan terus terusan berusaha untuk pastikan kelangsungan survival kami dalam sebuah hutan kelapa sawit yang baru..UNTUNGNYA kami Ya Allah...
Aku ada banyak nama masa kecik2..huhu..keluarga panggil aku IBAH.. jiran2 panggil aku ADIB (nama macam lelaki je)..pakcik makcik aku panggil BIBAH (padahal nama aku bukan habibah pun)..dan kawan2 panggil aku ADIBA..mula dengan zaman tadika aku..aku ada seorang kawan nama dia NORJEHA (sekarang dah ada anak sorang pun..aku??)..huhuhu.. aku ni sangat baik dengan dia sebab kami ni akan pergi ke sekolah tadika sama2 jalan kaki setiap pagi..jarangla mak ayah aku ambik (sangat berdikari kan??)...petang2 pula, aku dengan JEHA ni aku pergi kelas fardu ain sama2..kami sangatla rapat..balik sekolah je, aku dengan hanya memakai seluar katok (seluar yg mcm hot pant 2..kecik2 tak fikir pun pasal aurat..redah je) tanpa berbaju mesti akan ke rumah JEHA ni nak bermain dengan dia..maklumla, balik rumah mak ayah tak ada pergi kerja, abang2 dan kakak2 semua pergi sekolah dan masa 2 aku tak ada adik lagi..
aku akan main2 dengan dia sampai ayah aku balik dari kebun..huhuhu..lepas tu, ayah aku mesti akan cari aku kan rumah dia..tengahari pun aku duk main lagi dekat rumah dia dengan tak berbaju (sebab itulah kulit aku ni terbakar habis..huhuhu)..macam-macam kami main..nak dijadikan cerita, aku dengan dia akhirnya macam putus kawan sebab dia dah ada kawan baru...masa tu aku rasa kami sepatut cuma berkawan berdua sahaja (maybe aku ni cepat jeles agaknya)..aku yang sebenarnya yang melarikan diri dari dia (rase jauh hati..) sebab dia dah ada kawan baru..dan sebenarnya sampai sekarang, sampai umur masing2 dah 22 tahun dan dia dah ada anak sorang, aku dengan dia jarang bertegur sapa walaupun kami selalu terserempak (maklumla sekampung)..rasa menyesal sebenarnya sebab aku yang putus kan silaturahim kami :-( ...dia pun macam tak kisah je sebenarnya..hhuhuhu..
The second story from my past.. masa aku tadika, macam aku cerita kat atas ni, aku mesti pergi dan balik dari tadika jalan kaki sebab mak ayah aku kerja..satu hari tu, aku keluar lambat..JEHA dah keluar kelas dulu, so aku balik sorang2 la..masa aku jalan kaki tu aku rasa aku nampak kawan aku (yg aku dah lupa siapa) kat seberang jalan..aku ni panggil2 dia banyak kali..tapi dia tak toleh pun (aku rasa salah orang..)..so, aku buatla satu tindakan drastik iaitu melintas jalan tanpa toleh kiri dan kanan..
TIBA - TIBA ... BBBBUUUUUMMMMM!!! ...aku terbaring kat tengah jalan kena langgar kereta..nasib baik kereta tu bawa perlahan je..tapi perut aku kat tepi melecet sikit kena tayar kereta tu.. Masa yang sama aku nampak bapak aku (aku memang panggil ayah aku BAPAK..)turun dari motor, meredah orang dengan muka yang cemas pergi dekat aku..kesian bapak aku..bapak aku cepat2 angkat aku..aku tengok dia cemas dan sedih..pakcik & makcik yang bawak kereta 2 cepat2 mintak maaf (sebenarnya bukan salah pakcik makcik 2 pun..salah aku..huhuhu)..ayah aku bwak aku balik rumah..ramai orang yang ikut..semua buat muka kesian masa tu (yela..aku budak sekolah tadika lagi..lagi pun aku kecik & comel masa tu.. :-p ..huhuhu).. mak aku duk tengok perut tepi aku yang melecet tu, aku menangis over2 (sebenarnya tak rasa sakit pun..saja mintak perhatian..)..mak ayah aku risau, ayah aku bawak pergi klinik..doktor cakap tak ada apa2 pun..kesian mak aku menangis & tak tido malam ..aku ni pun satu..mengada - ngada, padahal tak sakit pun..
moral of the first story, janganlah putuskan silaturrahim sebab benda yang kecik..jauh hati itu boleh kita elokkan dengan sentiasa membuka hati kita menerima orang lain yang akan hadir dalam hidup kita dan sentiasa bersedia berkongsi sesuatu kebaikan dan kebahagiaan dengan orang lain..tak rugi pun kalau aku tambah satu lagi kawan..lengkapla aku main pondok nanti..ada emak, ada ayah dan ada anak.. :-p huuuhuuuu.. and for the second story, tolongla jangan susahkan hati mak ayah kita sebab mereka mesti akan rasa susah hati walaupun sebenarnya kita sakit tak la teruk sangat (jangan nak mengada sangatla ..)..ibu & ayah kita sayang kat kita..janganlah sebab kita, mak ayah kita tak tido malam...
No comments:
Post a Comment