Thursday, 12 January 2012

APA ITU SAHABAT?

Apa itu sahabat?

Pada aku, sahabat adalah teman seperjuangan. Mereka pembina semangat yang membara dan juga penunjuk kepada jalan. Macam orang putus asa bila sesat waktu malam,tengok bulan dan bintang sahaja mereka akan merasa damai dan bintang yang sedang menyinari mampu memberikan petunjuk arah bagi orang yang sesat. Begitu fungsi nya seorang sahabat dalam hidup seorang sahabat dimana Ukhwah itu ditunjangi Allah..

Apa itu sahabat?

Orang yang sentiasa mengingati sahabatnya dalam setiap doa. Doa bagi kesejahteraan bersama. Seseorang yang sanggup menghulurkan tangan ketika sahabatnya jatuh terutama bila sahabatnya terjatuh di lembah hina, berusaha bersungguh- sungguh mengeluarkan sahabatnya dari terus sesat di lembah kehinaan. Meluruskan kembali sahabatnya apabila melihat sahabatnya telah bengkok dari jalan diredhai..

Apa itu sahabat?

Mereka yang bertemu dan berpisah hanya kerana Allah. Sentiasa bersangka baik dengan ukhwah yang terbina. Sentiasa mengajak sahabatnya bersyukur dengan nikmat persahabatan yang telah dikurniakan oleh ilahi. Dan sentiasa mencintai sahabatnya kerana Allah. Jika itulah sahabat yang ada, sentiasalah mengatakan kepada sahabat;

"Uhibbukifillah ya ukhti"

p/s: jangan pernah terlepas mengatakan sayang kepada sahabat..

Sunday, 1 January 2012

SOALAN BIASA NON MUSLIM

Bila berdetik nya jam pada pukul 12 malam tadi, maka umur aku pun berubah ke angka 23 tahun...huhu..rasa macam baru je semalam keluar dari rahim mak..pada hari pertama 2012 ni tiba- tiba aku rasa nak berkongsi sesuatu.. :-)
Biasanya bila buat kerja berkumpulan mesti kumpulan kami bercampur dengan yang non muslim (Chinese).. satu hari tu, aku buat kerja dengan groupmates dekat fakulti.. tengah fokus buat keje, Ada seorang minah freehair ni jalan melintas group kami dan kawan aku yang non muslim ni pun tiba2 berkata:


"orang perempuan melayu ni tak pakai tudungkan..sama macam pendrive I yang takde penutup kat depan ni..hehehe..",dia berkata sambil menunjukkan pendrive yang ada di tangan dia mase tu..

"hehehe..",aku buat buat gelak walaupun aku tersentak dengan ape yang dia cakap..huhhh..boleh plak mamat ni buat analogi perempuan yg tak pakai tudung macam tu..

Mula- mula aku malas nak ambik port sangat pasal apa yang dia cakap tentang perempuan melayu yang tak pakai tudung ni...Tapi tiba-tiba dia tanya kat aku:

"eh..diba..kenapa you pakai tudung ye?..alamak..ni soalan saja nak test aku ke ape?.p ape ye? .aku blurr sekejap. rilek..rilek..aku susun ayat nak jawab.Kawan aku yang seorang lagi tu terkebil-kebil juga mata dia..

"hmmm..sebelum saya jawab soalan you tu, saya nak terangkan sesuatu ye..Melayu tu bangsa dan Islam tu pegangan atau agama..macam you lah..You Chinese dan pegangan you plak Buddha. Ada chinese kristian n some of them hindu.. maksud saya kat sini, Melayu tak semestinya beragama islam, ada yang pagan..dan islam tu bukan lah Melayu", betul ke aku cakap ni? hehehe..

"soalan you pasal kenapa saya bertudung ye..Dalam islam, wanita wajib bertudung sebab untuk menutup aurat..aurat wanita dalam islam tu keseluruhan badan kecuali muka dan tapak tangan..selain dari bahagian tu, haram untuk perempuan islam tunjukkan pada laki-laki yang tak halal pada dia.. laki-laki yang boleh tengok bahagian lain tu cuma suami dia, abang dan adik laki-laki kandung dia,ayah dia.. orang laki-laki lain tak boleh tengok..hukum nya haram..bila bagi tengok juga maksudnya perempuan tu berdosa.. so, kenapa saya bertudung, sebabnya saya tak nak berdosa..dan saya nak jaga diri saya dari laki-laki lain..cuma yang halal je boleh tengok.. saya nak bagi yang special pada suami saya....", rasanya ok kot aku jawab macam ni..hehehe..

Kawan non-muslim aku tu pun senyum je dengan jawapan yang aku bagi..tak taulah kalau dia puas hati ke tak dengan jawapan yang aku bagi kat dia tu..soalan yang dia bagi ni masa tahun satu atau dua dulu (aku lupa)..

Baru- baru ini, aku kena buat pre test bagi Questionnaire yang aku nak gunakan untuk final year project aku kat Felda Sungai Tengi, Kuala Kubu Bharu..Masa dah siap buat tu, aku dengan group aku ni kenalah tunggu bas UPM datang ambil..jenuh jugak tunggu..tengah duduk lepak menunggu bas ni..adalah seorang chinese perempuan dalam group aku ni tanya soalan yang sama:

"kenapa you pakai tudung ye?tadi saya tengok berita kat TV tu, perempuan yang baca berita tu kan Melayu..dia tak pakai tudung pun?", Aigooo...soalan yang sama lagi..huhhh..

"dalam islam pakai tudung tu wajib bagi perempuan..lagipun pakai tudung ni dapat jaga perempuan tu dari laki-laki yang kureng sikit ni..maksud saya macam ni..kalau you tengok laki-laki pakai singlet dan seluar pendek ketat..ada tak you rasa macam nak peluk2, cium2 dia?", aku tanya balik kat dia..

"tak ada pun..", dia jawab sambil geleng kepala..

masa tu, ada seorang budak laki dlam group kami tu..aku saja tanya kat dia..

"Afiq, hang laki kan..aku nak tanya hang..kalau hang nampak perempuan seksi2 ni, hang ada rasa benda pelik tak?ada rasa macam nak peluk2, cium2 dia tak?mesti hang cakap..wahhh..seksi betul awek ni..geram aku..kalau tak cakap depan2 pun mesti hang ada cakap dalam hati kan??betul tak??", aku tanya kat kawan laki aku tu..kawan aku tu angguk je tak cakap apa..

"afiq yang baik ni cuma cakap macam tu je..bayangkan kalau ada laki-laki yang gila seks mesti dia tarik dan buat benda yang tak senonoh kan??", aku cakap lagi dekat kawan chinese aku tu..

"ala..lagipun pakai tudung ni dapat bezakan mana laki-laki dan mana perempuan",Afiq menambah jawapan aku..

"sebab tu la islam wajibkan perempuan islam ni bukan setakat pakai tudung je, perempuan islam ni sebenarnya tak boleh pakai baju yang menampakkan bentuk tubuh dia..bukan untuk mengongkong tapi untuk menjaga perempuan", aku tambah sikit lagi..ok rasenya jawapan aku bagi..

"owh..", dia mengangguk dengar jawapan aku..Dia ni chinese kristian dan aku rasa dia sengaja nak menguji kami semua kat situ..

" tapikan kenapa ada perempuan islam ni tak pakai tudung ye?", dia bertanya lagi..

"macam you kan..parent you dua-dua free thinker..tapi you seorang saja yang kristian..macam tu lah dengan perempuan islam yang tak bertudung ni..mak ayah diorang ni kadang-kadang baik je..bertudung tapi dia tak nak bertudung..depends pada dia lah..kalau dia rasa dia boleh tampung dosa dia dengan langgar hukum Allah tu..", aku rasa jawapan aku macam tak ok sangat sebab aku smakan keadaan parent dia yang dia cerita kan pada kami sebelum dia tanya soalan tu dengan soalan dia pasal kenapa perempaun tak bertudung..

sebenarnya banyak lagi soalan yang dia pernah tanya aku dulu..tapi bila ada masa aku akan tulis dalam blog ni lagi..

pengajaran dari kisah aku ni, sebagai seorang muslimah, kita wajib untuk menutup aurat secara sempurna sebab ramai orang- orang kristian seperti kawan-kawan aku ni memerhati dan kadang-kadang nampak sangat mereka ni sengaja menguji..dan supaya tak adalah modal untuk mereka-mereka ni untuk memesongkan akidah kita..mereka ni sebenarnya bukan tak tahu pun tapi macam yang aku cakap tadi..SENGAJA MENGUJI..waallahualam..