Apa itu sahabat?
Pada aku, sahabat adalah teman seperjuangan. Mereka pembina semangat yang membara dan juga penunjuk kepada jalan. Macam orang putus asa bila sesat waktu malam,tengok bulan dan bintang sahaja mereka akan merasa damai dan bintang yang sedang menyinari mampu memberikan petunjuk arah bagi orang yang sesat. Begitu fungsi nya seorang sahabat dalam hidup seorang sahabat dimana Ukhwah itu ditunjangi Allah..
Apa itu sahabat?
Orang yang sentiasa mengingati sahabatnya dalam setiap doa. Doa bagi kesejahteraan bersama. Seseorang yang sanggup menghulurkan tangan ketika sahabatnya jatuh terutama bila sahabatnya terjatuh di lembah hina, berusaha bersungguh- sungguh mengeluarkan sahabatnya dari terus sesat di lembah kehinaan. Meluruskan kembali sahabatnya apabila melihat sahabatnya telah bengkok dari jalan diredhai..
Apa itu sahabat?
Mereka yang bertemu dan berpisah hanya kerana Allah. Sentiasa bersangka baik dengan ukhwah yang terbina. Sentiasa mengajak sahabatnya bersyukur dengan nikmat persahabatan yang telah dikurniakan oleh ilahi. Dan sentiasa mencintai sahabatnya kerana Allah. Jika itulah sahabat yang ada, sentiasalah mengatakan kepada sahabat;
"Uhibbukifillah ya ukhti"
p/s: jangan pernah terlepas mengatakan sayang kepada sahabat..
No comments:
Post a Comment