Friday, 30 December 2011

SAYANG MAK

Satu hari aku berbual dengan rakan sekelas aku..kami bercerita, berkongsi macam-macam perkara..tiba- tiba kawan aku pun berkata:

"hmmm...matang jugak pemikiran kau ni ye", dia berkata lagi, "knp ye?"..

imbas kembali...

"mak..laparla..jap lagi nak g sekolah..tak de makanan ke?", aku bertanya pada emak yang sedang menggosok baju sekolah aku. mak diam tak berkata sepatah pun. Sessi sekolah rendah aku sebelah petang, jadi sempatlah mak pinjam seterika arang cik Jah untuk gosok baju aku dengan kakak.

"hmmm..tak ade apelah yang boleh dimakan..lauk tak ade.Beras pun dah abis.Bapak kau tak beli lagi" mak berkata sambil menyelongkar gerobok dekat dapur rumah. Bersungguh-sungguh mencari apa-apa yang boleh dimakan untuk aku dan kakak sebelum kami pergi ke sekolah.

"Jap..mak g pinjam beras dengan cik jah lah dulu..nanti bapak kau balik kita ganti balik lah", mak cepat-cepat pakai selipar dan berjalan ke rumah jiran aku.Lepas balik dari rumah cik Jah, mak pun tanak nasi dan goreng bawang untuk aku dan kakak makan.

"nasi dengan bawang je ade..letak kicap ni hah", mak menghulurkan kicap untuk aku makan dengan nasi dan bawang yang dia dah goreng tadi.

"duit belanja sekolah arini tak de tau..mak tak de duit nak bagi", aku cuma mengangguk saja. aku dah boleh mengagak sebab kami cuma boleh makan nasi dengan bawang je hari tu..

"mak tak makan sekali ke?", aku bertanya pada mak.

"tak..mak dah makan tadi..kau makanlah..nasi ni untuk abang-abang ngan kakak kau nanti..nanti diorang balik sekolah tak de ape nak makan plak. nak tunggu bapak kau lambat lagi nak balik nye", aku tengok kakak..aku pelik sebab dari pagi lagi aku tak nampak pun mak makan.

hari tu aku cuma makan sikit je sebab mak dah pesan tinggalkan nasi untuk abang-abang dan kakak aku juga..jangan habiskan..lepas makan, kami berdua bersiap-siap la nak pergi sekolah. setiap hari kami akan tumpang along anak Cik Aris untuk g sekolah sebab bapak aku kerja pergi pagi dan balik agak lewat petang. bapak aku terpaksa membanting tulang pagi dan petang untuk sara kami 7 beradik..Hidup kami semakin susah lepas mak mengandungkan adik aku yang sekarang berumur 18 tahun ni sebab masa tu mak buat keputusan untuk jadi surirumah sepenuh masa kerana tak ada orang yang nak jaga kami.

"kak edah..laparlah..sedapnye orang makan kopok pasar tu", aku luahkan rasa lapar aku kat kakak aku masa waktu rehat.

"tak pelah ibah..jap lagi kite balik mesti mak dah masak sedap sedap kan..bolehlah kite makan banyak-banyak", kakak aku cuba memujuk aku.aku berharap sangat balik nanti mak dah sediakan makanan untuk aku dan kakak aku makan.rasa tak sabar sangat nak balik sekolah hari tu..

aku dan kakak balik sekolah dengan berjalan kaki. sekolah kami hampir 4 km jaraknya dari rumah.aku dan kakak balik sambil bermain-main ditepi jalan dengan gembira sama macam kanak-kanak lain. masa zaman kami, ramai budak-budak sekolah lain yang balik jalan kaki. masa itulah, kami akan bermain-main dan bergurau dengan kawan- kawan yang lain.aku balik sambil berlari-lari dengan harapan balik rumah dapatlah aku makan. sampai saja dirumah;

"mak..oooo...mak!!!kita orang dah balik ni", selalunya mak mesti akan duduk depan rumah tunggu kami balik tapi hari tu mak tak ade pun kat depan rumah. Dan aku nampak mak dekat dapur..

"mak..mak masak ape? kite laparlah", aku bertanya pada mak..mak senyap saje tak berkata..

"kau g lah mandi dulu ye, mak tak siap masak lagi ni", mak bercakap tanpa toleh aku pun..

"alaaa..laparlah..ingatkan nak makan dulu.mak ni lambatlah", aku pun bergerak ambil tuala untuk mandi..bilik air aku bersebelahan dengan dapur.dapur dan bilik air aku plak masa tu guna kayu. bilik air aku berlubang-lubang.masa aku mandi tu, aku boleh nampak mak aku dekat dapur..rupa-rupanya, mak tengah menangis dan kakak pun ada masa tu. aku dengar mak cakap kat kakak;

"mak tak masak ape-ape pun lagi..nasi, bawang, gula, tepung sume dah abis". aku nampak mak aku menangis dan masa tu baru aku sedar yang aku ni sangat-sangat pentingkan diri..langsung tak cuba faham perasaan mak masa tu..kesian mak..baru aku sedar mak tak makan apa-apa lagi hari tu sebab semua makanan yang dia ade, dia bagi kat anak- anak dia..aku pun menangis bersama -sama dengan mak tapi di ruang yang dibezakan dengan hanya sekeping papan.masa tu, aku pun berazam akan cuba faham hati mak dan cuba jangan jadi anak yang pentingkan diri sendiri.

aku sedar, kasih sayang seorang ibu ni tak ade belah bagi nya..seorang ibu sanggup berbohong pada anaknya semata-mata untuk memastikan anaknya tak kelaparan biarpun diri sendiri kelaparan dan tak menjamah makanan sepanjang hari. seorang ibu juga sanggup untuk menebalkan muka untuk meminjam secupak beras demi anak-anaknya hidup.. seorang ibu juga,sanggup menahan perasaan dan memaafkan anaknya walaupun sebenarnya hati mereka terguris dengan kata-kata anak-anak mereka..dan yang paling MULIA, seorang ibu akan sentiasa MEMAAFKAN anak-anaknya walaupun hati mereka kerap kali dilukakan.

sesiapa sahaja yang bergelar anak seharusnya menghargai pergorbanan yang tak ternilai seorang ibu..siapapun ibu kita, sayangi lah mereka tanpa ada sebarang syarat sebab mereka(ibu-ibu kita) tak pernah meletakkan syarat untuk terus menyayangi kita..


who should i give my love too, my respect and my honour too..
who should i pay good mind too..
after Allah and rasullah..
comes your mother..
who next??
your mother..
who next??
your mother..
and then your father..

Wednesday, 28 December 2011

Wanita Cantik Penghuni Syurga

Wahai wanita cantik penghuni syurga..

Jagalah pakaianmu dari pandangan liar si buaya,
bentuklah sikapmu supaya menjadi dewasa,
agar terbenteng diri dan imanmu juga..

Wahai wanita cantik penghuni syurga..

berdampingla dengan Al-quran sentiasa,
hafal lah ia dan fahami kandungannya,
disitulah bezanya perempuan dan wanita..

Wahai wanita cantik penghuni syurga..

Suburkanlah kasih sayangmu pada orang tua dan teman-teman,
bangkitkanlah kekuatan cintamu pada Ar-rahman,
semoga dirimu tidak lagi kesepian..

Wahai wanita cantik penghuni syurga..

Sejatinya dirimu tidak dilihat dari tahajud dan dhuha ,
tapi dilihat dari sebanyak mana titisan air mata yang jatuh kerana penyesalan,
sentiasa sedar akan segala dosa dan kesilapan..

Wahai wanita cantik penghuni syurga..


muslimah sejati bukan dilihat dari indahnya lantunan suara,
atau dari bentuk tubuhnya yang mempersona,
tapi dilihat dari sejauh mana dia mampu berdiam dan menutup tubuhnya..

Wahai wanita cantik penghuni syurga..

wanita sejati bukan dilihat dari kekhuatiran digoda orang,
tapi dilihat dari kekhuatiran membuatkan orang tergoda,
kerana tergodanya adam maka dirimu dalam bahaya..

Wahai wanita cantik penghuni syurga..

sentiasalah lembutkan lidah mengungkapkan kata indah,
jangan dilupakan zikrullah,
supaya dirimu terbenteng dari fitnah..

Wahai wanita cantik penghuni syurga..


syurga itu tempat yang indah,
hanya untukmu wahai wanita solehah,
sebagai ganjaran dari pencipta..

Tuesday, 27 December 2011

usah kau ragu

Apabila seorang muslim baik lelaki atau wanita akan berkahwin, biasanya akan timbul pelbagai perasaan akan timbul. Ada rasa gundah, resah, risau, bimbang, termasuk juga tidak sabar menunggu datangnya si pendamping. Bahkan ketika dalam proses taaruf sekalipun masih ada juga perasaan keraguan.
.
Inilah khabar gembira berupa janji Allah bagi orang yang akan berkahwin. Bergembiralah wahai saudaraku…

1. “Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula),dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)”. (An Nuur : 26)
Bila ingin mendapatkan jodoh yang baik, maka perbaikilah diri. Hiduplah sesuai dengan ajaran Islam dan Sunnah Nabi-Nya. Jadilah lelaki yang soleh, jadilah wanita yang solehah. Semoga Allah memberikan hanya yang baik buat kita. Amin.
.
2. “Dan kawinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (Pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui”. (An Nuur: 32)
Sebahagian para pemuda ada yang merasa bingung dan bimbang untuk berkahwin. Salah satu sebabnya adalah kerana belum mempunyai pekerjaan. Dan yang telah mempunyai pekerjaan pun tetap ada perasaan bimbang juga. Sebahagian mereka tetap ragu nilai gajinya. Dalam fikiran mereka, “apakah gaji ini cukup untuk berkeluarga dengan gaji sekian?”.

Ayat tersebut merupakan jawapan buat mereka yang ragu untuk melangkah ke jinjang pernikahan kerana alasan ekonomi. Yang perlu ditekankan kepada para pemuda dalam masalah ini adalah kesanggupan untuk memberi nafkah, dan terus bekerja mencari nafkah memenuhi keperluan keluarga.

Allah akan menolong mereka yang menikah. Allah Maha Adil, apabila tanggungjawab para pemuda bertambah – dengan kewajipan memberi nafkah kepada isteri dan anak-anaknya, maka Allah akan memberikan rezeki yang lebih. Tidakkah kita lihat kenyataannya di masyarakat, banyak mereka yang semula miskin tidak mempunyai apa-apa ketika berkahwin, kemudian Allah memberinya rezeki yang berlimpah dan mencukupkan keperluannya?
.
3. “Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, iaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka dan seorang yang menikah kerana ingin memelihara kehormatannya”. (HR. Ahmad 2: 251, Nasaiy, Tirmidzi, Ibnu Majah hadits no. 2518, dan Hakim 2: 160)
Bagi siapa sahaja yang berkahwin dengan niat menjaga kesucian dirinya, maka berhak mendapatkan pertolongan dari Allah berdasarkan penegasan Rasulullah dalam hadits ini. Dan pertolongan Allah itu pasti datang.
.
4. “Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir”. (Ar Ruum : 21)
.
5. “Dan Tuhanmu berfirman : ‘Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina’ “. (Al Mu’min : 60)
Ini juga janji Allah ‘Azza wa Jalla, bila kita berdoa kepada Allah nescaya akan diperkenankan-Nya. Termasuk di dalamnya ketika kita berdoa memohon diberikan pendamping hidup yang agamanya baik, cantik, taat, dan sebagainya.
Dalam berdoa, perhatikan adab dan sebab terkabulnya doa. Diantaranya adalah ikhlas, bersungguh-sungguh, merendahkan diri, menghadap kiblat, mengangkat kedua tangan, dan lain – lain.

Perhatikan juga waktu-waktu yang mustajab dalam berdoa. Diantaranya adalah berdoa pada waktu sepertiga malam yang terakhir dimana Allah ‘Azza wa Jalla turun ke langit dunia, dan pada waktu antara azan dan iqamah,
Perhatikan juga penghalang terkabulnya doa. Diantaranya adalah makan dan minum dari sumber yang haram, dan berpakaian dari usaha yang haram serta melakukan apa yang diharamkan Allah,

Manfaat lain dari berdoa bererti kita meyakini keberadaan Allah, mengakui bahawa Allah itu tempat meminta, mengakui bahawa Allah Maha Kaya, dan mengakui bahawa Allah Maha Mendengar.

Sebahagian orang apabila jodohnya tidak kunjung datang maka mereka pergi ke dukun-dukun berharap agar jodohnya lancar. Cara seperti ini jelas dilarang oleh Islam. Perhatikan hadis-hadis berikut yang merupakan peringatan keras dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam:
“Barang siapa yang mendatangi peramal / dukun, lalu dia menanyakan sesuatu kepadanya, maka tidak diterima solatnya selama empat puluh malam”. (Hadis sahih riwayat Muslim (7/37) dan Ahmad).

Telah bersabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Maka janganlah kamu mendatangi dukun-dukun itu.” (Sahih riwayat Muslim juz 7 hal. 35).
Telah bersabda Nabi SAW, “Sesungguhnya jampi-jampi (mantera) dan guna-guna itu adalah (hukumnya) syirik.” (Hadis sahih riwayat Abu Dawud (no. 3883), Ibnu Majah (no. 3530), Ahmad dan Hakim).

6. “Mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat“. (Al Baqarah : 153)
Mintalah tolong kepada Allah dengan sabar dan solat. Agar datang pertolongan Allah, maka kita juga harus bersabar sesuai dengan Sunnah Nabi dan terbebas dari bid’ah-bid’ah.

7. “Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan”. (Alam Nasyrah : 5 – 6)
Ini juga janji Allah. Mungkin terasa bagi kita jodoh yang dinanti tidak kunjung datang. Segalanya terasa sulit. Tetapi kita harus tetap berbaik sangka kepada Allah dan yakinlah bahawa sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Allah sendiri yang menegaskan dua kali dalam Surat Alam Nasyrah.

8. “Hai orang-orang yang beriman jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”. (Muhammad : 7)
Agar Allah menolong kita, maka kita tolong agama Allah. Baik dengan berinfak di jalan-Nya, membantu penyebaran dakwah Islam dengan penyebaran buletin atau buku-buku Islam, membantu penyelenggaraan pengajian, dan sebagainya. Dengan itu semoga Allah menolong kita.


9. “Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa”. (Al Hajj : 40)

10. “Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat”. (Al Baqarah : 214)
Itulah janji Allah. Dan Allah tidak akan menyalahi janjinya. Kalaupun Allah tidak / belum mengabulkan doa kita, tentu ada hikmah dan kasih sayang Allah yang lebih besar buat kita. Kita harus berbaik sangka kepada Allah. Inilah keyakinan yang harus ada pada setiap muslim.

Jadi, kenapa ragu – ragu dengan janji Allah?

CATATAN BUAT ADAM

WAHAI ADAM..

TAHUKAH ENGKAU BAHAWA HATI HAWA ITU RAPUH,
JANGANLAH KAU HANCURKAN HATI MEREKA DENGAN JANJI PALSU,
TAHUKAH ENGKAU BAHAWA HATI HAWA ITU LEMAH,
JANGANLAH KAU LUMATKAN HATI MEREKA DENGAN CINTA,
KERANA JANJI DAN CINTA MEMBUATKAN HAWA BUTA,
HILANG KASIHNYA PADA PENCIPTA..

WAHAI ADAM..

JIKA KAU BELUM BERSEDIA,
HINDARKANLAH DIRMU DARI HAWA,
JANGAN PERNAH KAU SIA- SIA KAN HATI MEREKA,
BERKATA MANIS BERJANJI SETIA MAHU MEMBINA ISTANA BAHAGIA,
KELAK HAWA AKAN TERLUKA,
JIKA JANJI MU HANYALAH PEMANIS BICARA..

WAHAI ADAM..

HINDARILAH DIRI DARI HAWA,
JIKA NIAT MU UNTUK BERMAIN SAHAJA,
JANGAN KAU SENTUH MEREKA,
WALAUPUN HATI SUCI DAN CINTA,
KERANA CINTA MEREKA SANGAT BERHARGA,
UNTUK YANG BERHAK DAN LAYAK SAHAJA..

WAHAI ADAM..

JAUHKANLAH DIRI DARI HAWA,
JIKA PANDANGANMU HANYA NAFSU SEMATA,
JANGAN KAU TARIK CINTA MEREKA,
KELAK PADAH AKAN MENIMPA,
PADA DIRIMU DAN JUGA HAWA,
MUSIBAH BESAR DARI PENCIPTA..

WAHAI ADAM..

JIKA KAU SUDAH BERSEDIA,
LAMARLAH HAWA DENGAN SELAYAKNYA,
AMBILLAH HAWA DARI WALINYA DENGAN BIJAKSANA,
JANGAN DIMULAKAN DENGAN FITNAH DAN DOSA,
KELAK SUSAH ADAM DAN HAWA,
UNTUK MENEMPAH TIKET KE SYURGA..

WAHAI ADAM..

SETELAH KAU AMBIL HAWA DARI WALINYA,
DIDIKLAH HAWA MENCINTAI PENCIPTA,
MELEBIHI CINTANYA KEPADA DUNIA,
KELAK NANTI KAU AKAN BAHAGIA,
DIDAMPINGI BIDADARI SYURGA,
SEMOGA JODOHMU KEKAL DISANA..

istikharah cinta


Bersaksi Cinta Diatas Cinta
Dalam Alunan Tasbih Ku Ini
Menerka Hati Yang Tersembunyi
Berteman Di Malam Sunyi Penuh Do'a

Sebut Nama Mu Terukir Merdu
Tertulis Dalam Sajadah Cinta
Tetapkan Pilihan Sebagai Teman
Kekal Abadi Hingga Akhir Zaman

Istikharah Cinta Memanggilku
Memohon Petunjuk-Mu
Satu Nama Teman Setia
Naluriku Berkata

Dipenantian Luahan Rasa
Teguh Satu Pilihan
Pemenuh Separuh Nafasku
Dalam Mahabbah Rindu

Di Istikharah Cinta..

Monday, 26 December 2011

Tanda-tanda kematian


                                                                          mayat 



100 HARI
 Seluruh badan rasa bergetar

60 HARI
Pusat rasa bergerak-gerak

40 HARI
Daun Dengan nama orang yang akan mati di Arash akan jatuh dan malaikat maut pun datang kepada orang dengan nama tersebut lalu mendampinginya sehingga saat kematiannya. Kadang-kadang orang yang akan mati itu akan merasa atau nampak kehadiran malaikat maut tersebut dan akan sering kelihatan seperti sedang rungsing.

7 HARI
Mengidam makanan

5 HARI
Anak lidah bergerak-gerak

3 HARI
Bahagian tengah dahi bergerak-gerak

2 HARI
Seluruh dahi rasa bergerak-gerak

1 HARI
Terasa bahagian ubun bergerak-gerak di antara waktu Subuh dan Asar

SAAT AKHIR
Terasa sejuk dari bahagian pusat hingga ke tulang Solbi ( di bahagian belakang badan) bila Malaikat menyabut Nyawa

Baginda Rasullullah S.A.W bersabda :
“ Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut.. “

“ Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar.”

“Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.”

“Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu.”

Sambung Rasullullah S.A.W lagi…
“Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibril A.S akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilingnya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S.”

“Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S akan menebarkan sayap di sebelah kiri. Maka orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilingnya. Ini adalah kerana terlalu takutnya dia apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.”


                                              WASSALAM                                                                    
                                                                                                                                                                                                                                

Sunday, 25 December 2011

kepada bakal suami ku...

Kepada bakal suamiku...
di sini aku ingin memohon maaf darimu,
di saat remajaku aku tersasar dari jalan- Nya kerana rasa jemu.
aku terlupa akan hakmu terhadapku,
aku membiarkan diri ini kososng tak menentu..

kepada bakal suamiku...
aku tahu aku bukanlah sehebat Siti khadijah,
aku juga tidak setanding Siti aisya,
dan aku juga bukanlah seorang wanita solehah,
yang menjadi seindah hiasan dunia..

kepada bakal suamiku...
aku kini dalam perjuangan merubah diriku,
agar dririku 'sempurna' ketika berhadapan denganmu,
walaupun tidak sebanding sempurnanay dirimu,
semoga engkau ikhlas menerimaku..

kepada bakal suamiku...
aku tidak tahu dimana dirimu berada,
tapi aku berharap imanmu sentiasa sihat sejahtera,
agar dapat kau membimbingku ke jalan diredhai- Nya,
apabila sampai masanya kita bersama..

kepada bakal suamiku...
apabila tiba masa kau melamarku nanti,
lamarlah aku didepan wali,
agar tidak rosak permulaan kita nanti,
untuk mendapat tempat di syurga hakiki,

kepada bakal suamiku...
sesungguhnya aku merindu kehadiran dirimu kini,
aku berharap jodoh kita dipermudahkan ilahi,
semoga dikau sudah bersedia menerima diriku ini,
yang akan menjadi makmum mu nanti..

Sunday, 18 December 2011

ASSALAMMUALAIKUM.. Pemula mukadimah yang indah

Setiap sesuatu di atas muka bumi ini setiasa ada permulaan nya...
Begitu juga dengan hidup aku, hari ini hati ku rasa ingin berkongsi sesuatu bersama sesiapa sahaja yang sudi mendengar dan membaca segala yang ingin aku kongsi kan.. Dengan adanya rasa ingin berkongsi inilah aku wujudkan blog ini walaupun aku sebenarnya takla terlalu mahir dengan dunia IT ni..huhuhu.. Selain dari itu, blog ini aku harap bolehla menjadi diari hari- hari yang semakin mencabar dalam hidup aku ni, sekurang-kurangnya ada sedikit pengajaran yang boleh diambil .. Bila umur dah menerjah ke angka 23 tahun pada 2012 ni, rasa diri ini semakin hari semakin tua pula..terfikir balik dalam 22 tahun Allah berikan umur pada aku ini..apa yg aku dah buat untuk ye??

First post aku ni, aku nak bercerita mengenai latar belakang aku dulu supaya sesiapa sahaja yang sudi baca blog aku ni kenal siapa aku dulu..aku nak mulakan dengan zaman kanak-kanak aku.....

Aku sentiasa teringat zaman kanak- kanak yang aku lalui..sangat berbeza dengan apa aku sekarang..kehidupan kanak-kanak kampung yang lasak..rindu nak berkubang dalam paya, rindu nak panjat pokok & main pondok2 dengan kawan2 kat atas pokok, rindu nak berendam dengan itik dalam lopak air hujan, rindu nak main baling selipar, rindu nak main sembunyi ibu dan terutama sekali rindu pada ketenangan kampung serta kawan2 masa kecik.. RINDU NYAAA dengan semua kenangan zaman kanak-kanak..

Zaman kanak-kanak juga dah ajar aku jadi seorang perempuan yang tabah dan kuat macam sekarang.. teringat zaman susah masa mula2 masuk Felda..dengan adik beradik seramai 7 orang memang sangat sesak hidup aku dgn keluarga..untungnya kami adik beradik sebab ada ayah yang sangat bekerja keras untuk survival kami..untungnya kami kerana ada mak yang sangat tabah dalam membesarkan kami..untungnya kami kerana ada mak dan ayah yang sangat kuat dan gagah memelihara dan terus terusan berusaha untuk pastikan kelangsungan survival kami dalam sebuah hutan kelapa sawit yang baru..UNTUNGNYA kami Ya Allah...

Aku ada banyak nama masa kecik2..huhu..keluarga panggil aku IBAH.. jiran2 panggil aku ADIB (nama macam lelaki je)..pakcik makcik aku panggil BIBAH (padahal nama aku bukan habibah pun)..dan kawan2 panggil aku ADIBA..mula dengan zaman tadika aku..aku ada seorang kawan nama dia NORJEHA (sekarang dah ada anak sorang pun..aku??)..huhuhu.. aku ni sangat baik dengan dia sebab kami ni akan pergi ke sekolah tadika sama2 jalan kaki setiap pagi..jarangla mak ayah aku ambik (sangat berdikari kan??)...petang2 pula, aku dengan JEHA ni aku pergi kelas fardu ain sama2..kami sangatla rapat..balik sekolah je, aku dengan hanya memakai seluar katok (seluar yg mcm hot pant 2..kecik2 tak fikir pun pasal aurat..redah je) tanpa berbaju mesti akan ke rumah JEHA ni nak bermain dengan dia..maklumla, balik rumah mak ayah tak ada pergi kerja, abang2 dan kakak2 semua pergi sekolah dan masa 2 aku tak ada adik lagi..

aku akan main2 dengan dia sampai ayah aku balik dari kebun..huhuhu..lepas tu, ayah aku mesti akan cari aku kan rumah dia..tengahari pun aku duk main lagi dekat rumah dia dengan tak berbaju (sebab itulah kulit aku ni terbakar habis..huhuhu)..macam-macam kami main..nak dijadikan cerita, aku dengan dia akhirnya macam putus kawan sebab dia dah ada kawan baru...masa tu aku rasa kami sepatut cuma berkawan berdua sahaja (maybe aku ni cepat jeles agaknya)..aku yang sebenarnya yang melarikan diri dari dia (rase jauh hati..) sebab dia dah ada kawan baru..dan sebenarnya sampai sekarang, sampai umur masing2 dah 22 tahun dan dia dah ada anak sorang, aku dengan dia jarang bertegur sapa walaupun kami selalu terserempak (maklumla sekampung)..rasa menyesal sebenarnya sebab aku yang putus kan silaturahim kami :-( ...dia pun macam tak kisah je sebenarnya..hhuhuhu..

The second story from my past.. masa aku tadika, macam aku cerita kat atas ni, aku mesti pergi dan balik dari tadika jalan kaki sebab mak ayah aku kerja..satu hari tu, aku keluar lambat..JEHA dah keluar kelas dulu, so aku balik sorang2 la..masa aku jalan kaki tu aku rasa aku nampak kawan aku (yg aku dah lupa siapa) kat seberang jalan..aku ni panggil2 dia banyak kali..tapi dia tak toleh pun (aku rasa salah orang..)..so, aku buatla satu tindakan drastik iaitu melintas jalan tanpa toleh kiri dan kanan..

TIBA - TIBA ... BBBBUUUUUMMMMM!!! ...aku terbaring kat tengah jalan kena langgar kereta..nasib baik kereta tu bawa perlahan je..tapi perut aku kat tepi melecet sikit kena tayar kereta tu.. Masa yang sama aku nampak bapak aku (aku memang panggil ayah aku BAPAK..)turun dari motor, meredah orang dengan muka yang cemas pergi dekat aku..kesian bapak aku..bapak aku cepat2 angkat aku..aku tengok dia cemas dan sedih..pakcik & makcik yang bawak kereta 2 cepat2 mintak maaf (sebenarnya bukan salah pakcik makcik 2 pun..salah aku..huhuhu)..ayah aku bwak aku balik rumah..ramai orang yang ikut..semua buat muka kesian masa tu (yela..aku budak sekolah tadika lagi..lagi pun aku kecik & comel masa tu.. :-p ..huhuhu).. mak aku duk tengok perut tepi aku yang melecet tu, aku menangis over2 (sebenarnya tak rasa sakit pun..saja mintak perhatian..)..mak ayah aku risau, ayah aku bawak pergi klinik..doktor cakap tak ada apa2 pun..kesian mak aku menangis & tak tido malam ..aku ni pun satu..mengada - ngada, padahal tak sakit pun..

moral of the first story, janganlah putuskan  silaturrahim sebab benda yang kecik..jauh hati itu boleh kita elokkan dengan sentiasa membuka hati kita menerima orang lain yang akan hadir dalam hidup kita dan sentiasa bersedia berkongsi sesuatu kebaikan dan kebahagiaan dengan orang lain..tak rugi pun kalau aku tambah satu lagi kawan..lengkapla aku main pondok nanti..ada emak, ada ayah dan ada anak.. :-p huuuhuuuu.. and for the second story, tolongla jangan susahkan hati mak ayah kita sebab mereka mesti akan rasa susah hati walaupun sebenarnya kita sakit tak la teruk sangat (jangan nak mengada sangatla ..)..ibu & ayah kita sayang kat kita..janganlah sebab kita, mak ayah kita tak tido malam...